Posts

Showing posts from May, 2011

Ternak Ikan di Sawah Terbiar .

ALOR STAR: Sawah terbiar yang tidak lagi berdaya maju untuk diusahakan dengan tanaman padi boleh mendatangkan hasil lumayan kepada pemiliknya jika dijadikan kolam ternakan ikan air tawar. Bagi nelayan, usaha itu boleh menghasilkan pendapatan sampingan jika diusahakan di samping turun ke laut. Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Kedah, Jusoh Awang, berkata antara ikan air tawar yang mempunyai nilai komersial ialah keli, puyu, haruan dan sepat. Beliau berkata, harga ikan air tawar itu lebih mahal berbanding hasil padi bagi setiap 0.2 hektar sawah. "Sawah seluas kira-kira 0.2 hekter jika dijadikan kolam ikan boleh mengeluarkan hasil antara satu hingga 1.5 tan ikan. Ikan sepat saja berharga RM10 sekilogran," katanya ketika menyaksikan pungutan hasil ikan air tawar milik Pauzi Othman, di Tebengau, dekat sini, kelmarin. Beliau berkata, nilai kormesial ikan seperti puyu dan sepat lebih mahal jika dijadikan pekasam. Katanya, permintaan ikan air tawar semakin meningkat sejak

Buat Income menerusi “Affiliate”.

Sebenarnya, affiliate ini adalah cara bisnes di internet yang paling memudahkan. Anda boleh menyertainya tanpa mengeluarkan sesen pun. Affiliate ini terbahagi kepada tiga yang utama iaitu affiliate berdasarkan downloader (PPL) dan juga affiliate berdasarkan jualan (PPS) dan juga affiliate berdasarkan klik (PPC). 1. Pay-Per-Sale – PPS (Dibayar berdasarkan jualan) 2. Pay-Per-Lead – PPL (dibayar berdasarkan download) 3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik) Pay-Per-Sale(PPS) – Anda promosikan mana-mana produk yang ada di internet. Jika ada orang beli, anda dapat komisyennya. Anda boleh promosi buku ke, software ke, seminar ke, ebook ke, barang fizikal ke..Ada orang beli, anda dapat komisyen. Anda boleh lihat, laman web Amazon yang menjual buku ada memasang affiliate pada webnya. Jika anda promosikan buku tu pada rakan anda yang memang mencari-cari buku tu, anda berjaya dapat komsiyen. Banyak lagi peniaga-peniaga di internet yang sediakan affiliate ini. Pay-Per-Lead (PPL) - A

Perfume Haruman Wangian Tanpa Alkohol.

Inspirasi daripada jenama antarabangsa. Adakah anda penggemar minyak wangi berjenama antarabangsa? Jika ya... ini merupakan masa yang terbaik untuk menjimatkan wang poket anda setiap bulan. Bukan 10%, bukan 20%, tetapi lebih 85% penjimatan yang anda akan nikmati. Sedarkah anda bahawa minyak wangi berjenama antarabangsa TERLALU MAHAL harganya disebabkan jenamanya selain wangiannya yang memikat sedangkan kos pengeluarannya adalah tersangatlah rendah? Mereka lebih untung berkali-kali ganda banyaknya dengan hanya sekali pembelian yang dilakukan oleh anda. Mengapa tidak jika anda boleh menyimpan sebahagian besar perbelanjaan bulanan minyak wangi anda tetapi dalam masa yang sama anda juga boleh memiliki wangian berjenama antarabangsa kesukaan anda dengan hanya beberapa ringgit sahaja. Saya menyediakan minyak wangi yang lebih murah dan setara dengan jenama antarabangsa! Wangiannya dihasilkan dan diinspirasikan daripada beberapa jenama yang terkenal dan menjadi pilihan ramai. Mengapa

Tips Nombor 5: Tukarkan sudut gambar anda.

Image
Cuba menggunakan sudut yang berbeza untuk memperbaiki foto anda. Kita pernah mendengar ungkapan, "melihatnya dari sudut yang berbeza." Ungkapan ini biasanya diucapkan oleh orang yang cuba untuk membuat anda melihat sisi lain dari sebuah situasi yang anda tidak perasan atau terlepas pandang. Namun, ia adalah nasihat yang bagus untuk diingati dan dipraktikkan ketika mengambil gambar. Perasankah anda, gambar profesional jarang diambil dari kedudukan sama aras dengan mata semasa kita berdiri? Itu kerana jurugambar profesional tahu menggunakan sudut yang berbeza ketika mengambil gambar dapat meningkatkan komposisi dan elemen kreatif dalam sesuatu gambar itu. Bahkan subjek yang biasa boleh kelihatan jauh lebih menarik jika gambar diambil dari sudut yang unik. Dengan beberapa penyesuaian yang sederhana, anda boleh menukar foto anda menjadi karya kreatif anda sendiri yang sangat bernilai. Anda boleh mencuba beberapa pendekatan ini: Melutut ketika mengambil gambar. Turunkan
Tips No.4: Saiz Digital dan Standard Cetakan. Adakah anda tahu bahawa foto digital standard adalah lebih besar sedikit daripada apa yang akan muat pada saiz cetakan 4x6" biasa? Ketika pengeluar kamera berpindah daripada filem ke digital, mereka menetapkan saiz standard untuk gambar baru. Saiz gambar baru ini agak terlalu tinggi untuk sepadan di cetak pada ukuran 4x6”. Jika anda menghantar gambar digital standard untuk dicetak pada saiz 4x6”, pihak kedai akan memotong sedikit gambar kita supaya ia sepadan dengan ukuran tersebut. Jika anda ingin memastikan bagaimana gambar anda dipotong, anda mempunyai beberapa pilihan: Guna Perisian Penyuntingan kegemaran anda. Kebanyakkan perisian “editing” gambar mempunyai fungsi “cropping” didalamnya. Kamera anda mungkin datang dengan pakej perisian mengedit gambar. Pilihan lain yang ada seperti Google menawarkan program mengedit gambar yang baik dan sangat popular secara percuma dipanggil Picasa. Jika anda menggunakan Picasa, anda boleh menceta
Tips No.3: Menetapkan Pelarasan(setting) Zoom Yang Betul. Apabila anda memperbesarkan gambar, mengapa kualiti cetakan tidak kelihatan cantik? Baiklah, jadi anda telah mengambil gambar keluarga yang besar, tapi nampaknya ia kelihatan seperti anda telah mengambil dari satu batu jauhnya. Jadi anda memperbesarkan dan mengubah gambar itu dalam perisian olahan(editing) gambar dan ingin mencetaknya. Bagaimanapun, perkhidmatan photofinishing online anda memberitahu anda bahawa kualiti gambar tersebut buruk dan tidak akan dicetak dengan baik. Fikirkan gambar digital anda sebagai lukisan cat minyak yang terdiri dari ribuan sapuan. Gambar anda terdiri dari sejumlah stroke atau "piksel" ditentukan oleh tatacara(setting) resolusi yang digunakan pada kamera anda apabila anda mengambil gambar. Apabila anda memperbesarkan gambar, jumlah brushstrokes atau "piksel" yang anda lihat berkurang, bergantung pada seberapa banyak anda zoom in. Pada jarak dekat anda boleh melihat brushst