Ternak Ikan di Sawah Terbiar .

ALOR STAR: Sawah terbiar yang tidak lagi berdaya maju untuk diusahakan dengan tanaman padi boleh mendatangkan hasil lumayan kepada pemiliknya jika dijadikan kolam ternakan ikan air tawar.

Bagi nelayan, usaha itu boleh menghasilkan pendapatan sampingan jika diusahakan di samping turun ke laut.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Kedah, Jusoh Awang, berkata antara ikan air tawar yang mempunyai nilai komersial ialah keli, puyu, haruan dan sepat.

Beliau berkata, harga ikan air tawar itu lebih mahal berbanding hasil padi bagi setiap 0.2 hektar sawah.

"Sawah seluas kira-kira 0.2 hekter jika dijadikan kolam ikan boleh mengeluarkan hasil antara satu hingga 1.5 tan ikan. Ikan sepat saja berharga RM10 sekilogran," katanya ketika menyaksikan pungutan hasil ikan air tawar milik Pauzi Othman, di Tebengau, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, nilai kormesial ikan seperti puyu dan sepat lebih mahal jika dijadikan pekasam.
Katanya, permintaan ikan air tawar semakin meningkat sejak kebelakangan ini terutama untuk hidangan di restoran, selain dijadikan ikan pekasam.

"Dengan hanya bermodalkan RM300 untuk membeli benih, manakala makanan hanya menggunakan sisa nasi atau roti yang berharga murah," katanya.

Jusoh berkata, ikan air tawar boleh dikutip selepas lima bulan dipelihara yang bermakna hasilnya boleh dikutip dua kali setahun.

Comments

Popular posts from this blog

Cuka Kayu FastGrow Fertilizer.