Cara-Cara Untuk Membuat Duit Dengan Blog ? Apa Pilihan Yang Blogger Ada?

Sorry, saya salin dan tampal sahaja artikel kali ini kerana infonya sangat berguna untuk dikongsikan bersama. Seperti kata Amir Raja Lawak.."I'm sorriiiiiiiiiii".
Blogging kini sudah menjadi trend anak muda malahan orang dewasa juga tidak ketinggalan untuk berblogging.Terdapat banyak sebab untuk mereka blogging antaranya adalah PENDAPATAN SAMPINGAN,POPULARITI Dan KEDUA-DUANYA.Kalau dulu untuk menjadi popular kita perlu menjadi artis tetapi kini dengan blogger pun boleh menjadi terkenal.Contohnya adalah Hanis Zalikha,Redmummy,Cik Epal,Ben Ashaari,Yuyu Zulaikha,Darkbatman dan ramai lagi.Mereka-mereka ini dikenali melalui dunia blogging.Betul tak?
Bagaimana pula dengan korang semua?Buat Duit atau Populariti?Jika ditanyakan kepada saya,saya memilih buat duit berbanding populariti. Kenapa saya memilih duit berbanding populariti?sebabnya memang itu yang saya inginkan daripada berblogging.Saya sendiri tidak percaya bahawa dunia blogging di Malaysia boleh jadi sebegitu famous..Tidak pernah saya bayangkan sebelum ini…Alahai malang betul…
Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa cara untuk korang mendapatkan duit dengan blog.Cara-cara inilah yang saya gunakan untuk mendapatkan wang menerusi blog-blog saya.Jika korang ikut Insya-Allah,korang juga boleh berjaya seperti saya kelak.=)
NUFFNANG
Sekarang ini ramai blogger yang melihat Nuffnang adalah satu-satunya cara untuk membuat duit secara online.Sebenarnya itu tidak benar.Pendapatan Nuffnang adalah tidak menentu dan sebenarnya tiada rahsia untuk mendapatkan income daripada Nuffnang.Jangan percaya dengan rahsia-rahsia yang di kata-katakan itu.
Berjaya atau tidak korang bergantung berapa banyak korang dapat Buffered Earning.Sebenarnya Buffered Earning adalah CPM atau bayaran berdasarkan impression.Cuma nama sahaja ditukarkan.Jika korang dapat Buffered Earning,maka korang akan dapatlah income.Kalau tidak,kiram salam je lah..Tak semua orang boleh buat duit dengan Nuffnang…
INNITY
Persaing Nuffnang adalah Innity.Innity adalah satu syarikat yang lebih bagus berbanding dengan Nuffnang kerana tiada pilih kasih kerana semuanya dilayan sama rata.Tak perlu nak tunggu Buffered Earning pun.Semua orang dapat kempen yang saya dengan harga yang sama..
Innity juga mempunyai banyak kempen contohnya Pay Per Click dan Pay Per Impression.Dua-dua ini memberikan pulangan yang tinggi kepada blogger.Memandangkan mereka bayar mahal jadi untuk menjadi publisher mereka sudah tentu susah dan hanya blog-blog yang mempunyai visitor yang tinggi sahaja layan untuk menyertai Innity.Tetapi ia sangat berbaloi-baloi..
70% pendapatan saya datangnya daripada Innity.
ADSNIAGA
Selain Innity,saya juga menyertai publisher Adsniaga tetapi secara jujurnya Adsniaga terlalu murah berbanding dengan publisher-publisher yang lain.Bayangkan sudah sebulan saya letak Adsniaga di blog ini tetapi masih belum mencecah RM50.Ayooo..tak bestlah macam ini..
Rasanya satu iklan itu dibayar hanya RM 0.01 sahaja.Memang penatlah nak cash out dari Adsniaga ini.Sekiranya rate untuk iklan di Adsniaga ditambah dan dibayar lebih mahal,rasanya Adsniaga ini akan menjadi pilihan blogger Malaysia.Tetapi sekiranya rate yang banyak sebegitu murah,rasanya sukar untuk mereka bersaing dengan publisher-publisher lain.
Yang uniknya,pengiklanan mereka menyerupai Google Adsense dan berbeza dengan iklan Innity,Nuffnang dan Advertlet.
Adsniaga mungkin tak bertahan lama kot di blog saya ini..Tapi korang boleh cuba…
ADVERTLETS
Selain Innity,saya suka Advertlet kerana mereka juga menawarkan CPM.CPM ini banyak membantu para blogger untuk mendapatkan income.Apa taknya bukan mudah untuk mendapatkan klik daripada pembaca sekiranya kedudukan itu tidak sesuai atau iklan itu tidak menarik.
Banyakkan tak sampai sebulan saya dah berjaya cash out RM 107 daripada mereka.Sekarang ini lagi menarik kerana sehari sahaja boleh dapat RM 10 -RM 20..Kalau sebulan?korang darab lah sendiri..hehe..
Rugi kalau korang tak cuba Advertlet ini…
701 PANDUAN
Publisher yang terbaru saya join untuk bulan ini adalah 701 Panduan.Menariknya mengenai iklan ini adalah dia juga menawarkan dua jenis iklan.CPM dan CPC tetapi CPM dia kurang menarik kerana dibayar begitu sedikit tetapi yang bestnya adalah harga klik yang agak mahal.
Bayangkan sehari sahaja dah boleh dapat dalam RM 20 – RM 30.Kalau sebulan agak-agaknya berapa??Menarik bukan?Korang taknak cuba ke?
MANGAADS
Last but not least adalah MangaAds.No komen mengenai publisher ini dan nampak seperti kurang menarik…Apa pendapat korang?.
Lihatlah begitu banyak peluang untuk korang buat duit dengan blog kan?Bukan hanya satu tetapi enam publisher yang korang boleh apply.Apa nak takut kalau hilang status Glintteri Nuffnang itu.Patah tumbuh,hilang berganti…
Jujurnya,saya memang kecewa dengan Nuffnang sebab adakalanya mereka seoleh-oleh memilih untuk memberikan Buffered Earning.Rasa seperti dipermainkan oleh Nuffnang..Tapi kita bukan bodoh untuk dipermainkan sampai bila-bila.Betul tak?
Bagi yang selalu mendapat Buffered Earning pastilah korang gembira,tapi bagaimana yang susah nak dapat Buffered Earning ini?Rahsia apa nak digunakan untuk dapatkan Buffered Earning ini?Nothing…
So apa pendapat korang mengenai publisher-publisher yang saya senaraikan diatas?korang dah cuba??

Comments

Popular posts from this blog

Cuka Kayu FastGrow Fertilizer.