Hati-hati di Pekan Rabu Alor Setar.

9 June 2011. Tadi, time lunch Edy bagitau aku yang rantai leher anak perempuan dia kena ragut. Umur anak dia dalam lingkungan 4 tahun. Masa kejadian pagi tadi semasa bini dan mak mertua dia pi jalan-jalan nak shopping kat Pekan Rabu tu. Dalam dok ushar-ushar barang bini dia terperasan rantai anak dia dah takdak… Demmm pencuri haram jadah dah buat keja .

Anak dia bagitau kata ada sorang Makcik potong rantai dia dengan gunting. Dia takut nak cakap kat mak dia sebab tengok Makcik tu pegang gunting. Mungkin Makcik pencuri tu gempaq dia kata apa² supaya budak tu takut.

Aku dengaq pun jadi geram. Memang dasar pemalas, penjahat, pencuri haram jadah laa depa ni. Dah tuhan bagi tubuh badan sihat elok² pi laa buat kerja halal. Ni kira nak ambik jalan short cut jaa nak senang dengan mencuri.

Kalau dapat kat aku mau tau laa aku nak ajar pencuri ni. Dah hempa malas sangat nak keja, mau pukui bagi cacat buang, baru ada akai. Cuba laa hidup tak menyusahkan orang lain. Orang penat² keja cari duit nak bela anak² hempa tak pikiaq kaa wahai pencuri badigol ???

Sama laa dengan orang yang dok curi duit Negara hasil bayaran cukai tahunan aku. Ingat !!! setiap perbuatan ada balasannya nanti..

Comments

Amyna said…
Macam2... dah la mas tengah naik harga skrg nie...

Popular posts from this blog

Cuka Kayu FastGrow Fertilizer.