Oblong Burger - Inspirasi daripada McDonald Prosperity Burger.

Korang suka makan oblong ? Aku suka. Kat area rumah aku ada lebih kurang 5 stall beger dan masing² ada jual beger oblong ni. Dan dalam banyak² kedai jual beger ni aku paling suka Oblong Beger kat stall Erwan.

Dan aku rasa ramai lagi yang pilih stall dia #1 kalau diberi undian sms atau bukan sms. Beger Oblong yang Erwan masak empuk saja rasa dagingnya tak terlalu garing. Tapi satu hal yang aku tak berapa minat nak pi beli kat Erwan ni sebab masa menunggu giliran tu lama. Ramai sangat orang suka beli dekat dia.

Aku yang jenis tak berapa suka menunggu lama² ni beralih ke kedai beger lain kalau perut dah lapar sangat sampai tahap ketar kepala. Aku pergi ke stall beger Zul depan kedai runcit Global. Aku cuma pergi order dekat Erwan kalau orang tak ramai lebih kurang pukul 7 malam. Kalau pergi pukul 8 malam ke atas, korang tunggu laa sampai ketar badan² tu.

Aku tak salahkan Erwan sebab lambat, lagipun dah tu rezeki dia ramai orang suka masakan beger dia termasuk aku. Kalau korang nak try, datanglaa ke Bandar Putra Bertam, Kepala Batas Penang ni.

Ni haa gambar stall beger dia yang aku "snap" semasa dok tunggu giliran Oblong Beger aku siap.



Shoot using Canon Powershoot S95 on "low light" setting.

Comments

Popular posts from this blog

DALEENA FLAIR INSTANT HIJAB.