Hukum memakai minyak wangi beralkohol.

Sebelum ini saya agak ragu² tentang penggunaan winyak wangi beralkohol sewaktu bersolat. Saya ada dengar orang kata hukumnya Makruh. Jadi seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, saya mula mencari maklumat mengenai penggunaan minyak wangi beralkohol ini di dalam internet sebab pasti ada portal² atau forum yang membincangkan tentang topik ini. Penerangan di bawah adalah hasil pencarian saya di google. Jadi saya kongsikan ia di sini untuk rujukan semua.
Penggunaan Alkohol Semasa Solat
Keputusan:
Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:
i)Alkohol kayu (methanol)
ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)
Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH.
Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.
Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.
Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.
Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.

Comments

Popular posts from this blog

Cuka Kayu FastGrow Fertilizer.