Perempuan, Kosmetik dan alat Make Up.

Kali ni saya nak kongsikan sedikit perihal perempuan dan alat make up ni. Ramai ker yang tahu pasal alat make up ni ? Saya ni takdak laa terer sangat tapi saya suka membaca untuk menambah ilmu. Kebetulan pula saya ni seorang penjual alat make up perempuan jadi saya kena ambil tahu jugak serba sedikit pasal alat make up ni…hehehe.

Saya dapat info ni dari satu majalah yang saya baca ketika dok tunggu isteri saya di klinik. Harap-harap korang dapat guna dalam penjagaan barangan kosmetik atau alat make up yang korang beli tu.



Kita sedia maklum yang kebanyakan perempuan suka membeli belah, mereka tidak mampu menghentikan diri dari membeli satu lagi lipstik ataupun bedak, walaupun dah mempunyai satu set lengkap di rumah. Kesudahannya: Sebuah laci almari yang dipenuhi dengan barangan make up.

Ia seharusnya tidak menjadi masalah jika make up, seperti wain, akan lebih baik dengan penambahan usia. Malangnya, ia seperti susu, produk kosmetik menjadi rosak dari masa ke masa akibat pengoksidaan tindak balas kimia dengan udara.

Ambil tahu jangka hayat kosmetik anda:

• Foundation: 12 bulan untuk jenis berasaskan air(water-based).
• Foundation: 18 bulan untuk jenis berasaskan minyak(oil-based).
• Powder/Serbuk: 2 tahun.
• Concealer: 12 bulan.
• Eye shadow: 3 tahun.
• Maskara: 4 bulan.
• Lipstik: Setahun atau dua, tetapi buang saja jika ia berbau pelik.
• Pengilat kuku: 12 bulan.

Selain itu, mencuci berus setiap dua bulan; mencuci span setiap minggu dan menggantikannya setiap bulan.

Tip-tip berguna;

Dapatkan nilai wang anda dari make up yang dibeli dengan membuatnya bertahan lebih lama.

• Jika foundation berasakan- air mengering sebelum setahun berakhir, tambah beberapa titis alcohol-free toner lalu goncang dengan baik.

• Kehabisan eyeliner? Gunakan eye shadow anda sebaliknya dan gunakannya dengan berus eyeliner mendatar.

• Jangan pam tongkat maskara masuk dan keluar daripada tiub,kerana cecair akan mengering lebih cepat.

• Simpan lipstik di dalam peti sejuk.

Diharap maklumat ini dapat memberi manfaat kepada wanita-wanita diluar sana yang menjaga kecantikan masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

DALEENA FLAIR INSTANT HIJAB.