Pemprosesan ikan pekasam

Ikan pekasam merupakan industri pemprosesan yang telah diusahakan berkurun lamanya oleh manusia untuk menyimpan ikan supaya tahan lebih lama dan sedap dimakan. Industri ini mempunyai potensi besar untuk dimajukan kerana belum ada syarikat besar yang mengusahakannya selain pengusaha kecil-kecilan di kampung-kampung.

Industri ini jika dimajukan sedikit sebanyak akan membantu industri akuakultur dari segi pemasaran dan tambah nilai produk.

The array of ikan pekasam sold at Pekan Rabu includes ikan puyu, ikan sepat and ikan lampam. 
Pic by http://oldstock.blogspot.com/

Bahan-bahan

• Air asam jawa
• Beras yang digoreng hingga kering
• Garam
• Ikan yang siap disiang dan dibersihkan
• Lada hitam
• Bekas tertutup
• Plastik pembungkus

Penyediaan dan cara kerja

Ikan-ikan akan disiang dan dibuang segala isi perut dan organ dalamannya dan dibelah 2 bermula daripada bahagian abdomennya tetapi bukan sehingga putus. Ikan-ikan akan dibersihkan sebaik-baiknya dan disusun dalam bekas plastik dengan mendedahkan isi ikan dengan sama rata.

Garam akan ditabur di antara lapisan ikan supaya semua isi ikan akan terkena garam. Nisbah garam adalah 1 kilogram garam bersamaan 4 kilo ikan. Selepas penuh, bekas akan ditutup dan dibiarkan semalaman untuk membiarkan penyerapan garam berlaku dan mikroorganisma perosak akan mati.

Keesokan harinya, ikan akan dijemur selama 3 jam di bawah sinaran matahari untuk mengeringkan air garam. Pastikan ikan tidak terlalu kering untuk memastikan ia tidak menjadi terlalu masin. Selepas dijemur, ikan akan dicelup dalam air asam jawa dan kemudiannya disapu dengan debu beras yang digoreng kering dan lada hitam.

Selepas itu, ikan disusun secara bertingkat dalam bekas tertutup yang dibalut pada penutupnya untuk menjamin tiada mikroorganisma yang masuk ke dalam bekas dan merosakkan proses penapaian. Ikan akan disimpan selama 7 hari dan hanya akan dibuka pada hari ke-7.

Ikan yang dikeluarkan harus dibersihkan tanpa air untuk mengurangkan sisa penapaian. Ikan segera dibungkus untuk mengurangkan pencemaran.

Perbincangan

Ikan yang telah lama mati tidak sesuai dijadikan pekasam kerana ia telah menjadi perumah kepada telur lalat dan akan merosakkan ikan pekasam yang lain. Didapati selepas tong dibuka, terdapat ulat yang memenuhi seluruh ikan. Ulat-ulat inidibuang terlebih dahu sebelum pembungkusan dilakukan. Ini dapat dielakkan sekiranya ikan segar digunakan dan pekerja memakai sarung tangan.

Kesimpulan

Ikan pekasam mampu dikomersilkan dengan baik sekiranya cara penyediaannya lebih baik dan bersih. Ia mampu menjadi pembuka selera yang menarik hati.

Rujukan: agricultureinmalaysia.blogspot

Comments

Popular posts from this blog

Cuka Kayu FastGrow Fertilizer.